suria

Syukur! Anak selamat jalani pembedahan bibir dan buang jari keenam, influencer Andika Putera tak berkira keluar banyak kos rawatan

PERSONALITI media sosial Andika Putera mengakui sudah bersedia untuk menambah cahaya mata.

Kata Andika atau Muhammad Andika Putera Salleh, 26, dia tidak risau jika dikurniakan anak kedua meskipun kos sara hidup akan bertambah kerana sentiasa percaya pada rezeki yang Allah berikan.

“Saya simple je, saya tak risau tentang rezeki sebab Alhamdulillah secara jujurnya rezeki selepas hadirnya Alisha (anak) sangat luar biasa.

“Walaupun ada banyak kos operasi untuk besarkan Alisha, tapi banyak juga rezeki yang Allah bagi, saya hanya menumpang rezeki anak dan keluarga.

“Tapi sebenarnya saya bersedia sahaja untuk ada anak yang kedua tapi isteri ada satu kerisauan jika tambah anak adakah rasa sayang pada Alisha masih sama,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Alisha Puteri iaitu anak perempuan Andika baru sahaja selesai menerima rawatan pada jari dan bibirnya pada 10 September lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi