suria

Membesar tanpa kasih sayang seorang ayah, Diana Danielle enggan dua anak lalui perjalanan hidup sama

PELAKON Diana Danielle keputusannya untuk kembali bersama Farid Kamil dibuat kerana enggan melihat anak-anak hilang rasa kasih sayang seorang bapa.

Cerita Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, dia dibesarkan tanpa merasai rasa kasih seorang ayah, justeru itu dia tidak mahu dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora turut melalui kehidupan sama.

“Yang penting anak-anak, saya membesar tanpa merasai kasih sayang seorang ayah.

“Jadi kalau ada peluang lagi untuk anak-anak saya dapat rasa kasih sayang dari Farid serta terlibat sama dengan aktiviti harian mereka saya rasa itu hadiah terbesar untuk diri saya.

“Jadi kalau anak-anak gembira, Farid boleh buat anak-anak gembir, saya pun akan dapat rasai kebahagiaan itu juga,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi