suria

Rugi RM300,000 bukan alasan, Riezman Khuzaimi tetap anjur konsert dangdut

PELAKON Riezman Khuzaimi sedang mencari jalan untuk meneruskan Konsert Goyang Asia Koplo Milenia walaupun dia ditipu orang tengah yang bertindak sebagai perunding sehingga mengalami kerugian RM300,000.

Riezman atau Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 53, berkata, pada tahap ini dia tidak lagi memikirkan tentang soal keuntungan sebaliknya hanya mahu memastikan projek konsert pertamanya itu dapat diteruskan.

"Status konsert ini akan diteruskan dan mungkin akan ditangguhkan ke satu tarikh lain... Senarai penyanyi juga masih sama dan ketika ini kami tenang dulu dan tunggu siasatan polis.

"Dugaan ini memang berat untuk saya selaku penerbit tapi sebagai anak seni saya kena tempuh dugaan ini," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi