suria

Badan tak berapa sado, Rykarl Iskandar tak penuhi kriteria ‘Hero Remaja’… Mahu buang imej pelakon kanak-kanak

PELAKON Rykarl Iskandar gembira walaupun gagal melayakkan diri untuk menyertai pencarian Hero Remaja 2023.

Pertama kali menghadiri sesi uji bakat dalam hidupnya, Rykarl atau Nor Heidzriq Haikal Norhamizan, 18, berkata, dia mencuba nasib menyertai ujibakat itu kerana mahu dirinya lebih dikenali.

“Niat sebenar mungkin sebab saya dah lama tak keluar televisyen, kiranya lebih banyak di media sosial.

“Bukan sebab saya tak nak pergi shooting ke apa, cuma mungkin belum rezeki lagi.

“Mungkin pengarah atau penerbit tak tahu nak letak saya sebagai karakter apa, usia 18 tahun nak jadi kanak-kanak tak sesuai jadi dewasa tak sesuai.

“Jadi saya hadir ke sesi ujibakat Hero Remaja adalah untuk satu spark baharu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi