suria

Bimbang keselamatan jika pulang Indonesia, Caprice ‘jaga’ Mondy Tattoo hingga kes selesai… Dakwa sahabat Ebit Lew menipu

PENYANYI rap Caprice mengesahkan dirinya sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK) berhubung laporan yang dibuat pendakwah bebas Ebit Lew.

Cerita Caprice atau Ariz Ramli, 35, dia bersama Mondy dan beberapa pekerjanya telah dipanggil bagi membantu siasatan.

“Saya di IPK Selangor lebih dari enam jam, kami beri keterangan tentang video podcast yang tular itu.

“Saya rasa untuk bahagian saya sudah selesai, hari ini pekerja saya pula ke Ibu Pejabat Daerah Shah Alam untuk beri keterangan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Caprice memberitahu Mondy akan terus berada di bawah jagaan dan perlindungannya sehingga kes selesai.

Ini kerana jika Mondy pulang ke Indonesia berkemungkinan kes yang sedang berjalan akan ditutup.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi