suria

Setahun bergelar isteri, Sharifah Amani kongsi perangai sebenar suami... Saya insan bertuah!

SETAHUN mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Amani meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan Allah seorang suami yang penyayang dan sangat memahami.

Amani atau Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 37, berkata, suaminya iaitu Ahmed Faris Amir juga seorang yang romantik selain sering memanjakan dirinya yang membuatkan dia sentiasa rasa dihargai.

"Alhamdulillah... Ini adalah doa keluarga dan rakan-rakan, saya insan bertuah.

"Syukur dengan doa daripada semua orang dan suami masih macam dulu yang saya kenal... Seorang romantis dan paling seronok dia faham diri saya malah sering manjakan saya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Amani memberitahu dia dan suami belum ada perancangan untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat dan berserah kepada rezeki tuhan.

"Bagi saya itu rezeki, saya percaya kepada ketentuan Allah... Kalau ada Alhamdulillah," katanya.

Untuk rekod, Amani dan Ahmed Faris berkahwin pada 10 September 2022.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi