suria

Puspa Gomen hanya mampu ucap Alhamdulillah, jawab tuduhan beli ‘Datuk’ palsu

PERSONALITI media sosial Puspa Gomen meluahkan rasa pelik apabila ramai mempertikaikan gelaran Datuk yang didakwa palsu.

Puspa atau Raudzah Ismail, 40, bagaimanapun tidak mengambil pusing dengan tuduhan itu kerana menyifatkan penganugerahan itu sebagai perkara peribadi buatnya.

"Saya tak suka nak heboh kepada orang ramai tapi surat watikah semua ada. Siapa yang datang ke rumah boleh tengok sendiri.

"Alhamdulillah mungkin rezeki dan kalau orang nak cakap apa pun, terpulang... Saya terima.

"Benda itu rezeki saya, bukan macam orang cakap saya beli gelaran Datuk, saya pun pelik kenapa orang boleh fikir begitu," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Puspa antara usahawan selebriti yang akan memeriahkan Pantai Timur Food Festical yang akan berlangsung di Floria, Putrajaya bermula 29 September hingga 1 Oktober 2023.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi