suria

Ali Puteh tak menang tangan layan order sambal petai, terkejut netizen tanya ‘halal ke ni?’

PELAWAK Ali Puteh meluahkan rasa sedih apabila ada netizen melemparkan kata-kata berbaur hinaan terhadap perniagaan sambal petai yang diusahakan olehnya.

Netizen tersebut melemparkan kata-kata tidak elok dengan mendakwa sambal yang dijual oleh Ali itu adalah tidak halal.

Kesal dengan kecaman itu, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, berkata dia tidak mengambil serius mengenai perkara itu malah menganggap ia ada gurauan dalam kalangan netizen.

“Tiga tahun saya kena kena kecam tu sudah biasa tapi yang paling teruk bila saya tengah meniaga ada yang cakap sambal petai tu halal ke?.

“Kenapa perlu cakap macam tu, sedangkan itu saya hanya meniaga sambal saja dan bahan digunakan pun semuanya cili dan bawang saja, saya orang melayu kenapa perlu pertikaikan halal atau tidak?.

“Saya anggap dia bergurau saja la dan ada juga yang bertanya kemudian saya cakap sambal itu haram... itu cara saya bergurau kembali dengan dia. Sambal ini saya yang masak sendiri,” kata Ali kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi