suria

Qistina Raisah seronok jadi model ‘runaway’, tolak tawaran jika perlu tampil seksi… “Pakai baju dalam saja tidaklah!”

PELAKON Qistina Raisah tegas memberitahu dia sama sekali tidak akan menerima tawaran yang memerlukan dirinya memperagakan pakaian terlalu seksi.

Kata Qistina atau Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 15, dia juga tahu batas-batas dalam pemakaian dan banyak lagi tawaran modeling lain yang boleh diterima.

“Tak terima... saya ada hak untuk pilih tapi tidaklah sampai nak terdedah pakai baju dalam sahaja tu memang tidak,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Qistina mengakui mahu mencuba pelbagai bidang seni lain dan tidak tertumpu kepada dunia lakonan dan modeling sahaja.

“Tak semestinya jadi model sahaja, saya nak cuba semua seperti jadi hos dan penyanyi.

“Tapi penyanyi tu slowly la, beri saya masuk kelas vokal dahulu... saya nak buat semua sebab saya berani untuk buat semua bidang dan doakan sahaja yang baik-baik,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi