suria

Satu komen dah cukup buat Auntie Purple rasa ‘down’, sedih video tak FYP… “TikTok bukan untuk orang muda je”

PERSONALITI media sosial Auntie Purple mengakui dirinya tidak kuat berdepan kecaman netizen.

Kata Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin, 44, dia juga seorang manusia biasa yang mudah tersentuh apabila dilemparkan dengan pelbagai kata-kata cacian.

Namun dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga dan anak-anak yang menjadi penguat semangat jika dia sedang berasa kecewa.

“Saya manusia biasa, kadang-kadang daripada 100 komen yang baik ada satu komen kecaman yang teruk boleh buat saya down.

“Sebab saya memang tak berapa tahan dengan kecaman, kadang rasa kecewa tapi selalu anak-anak bagi semangatlah.

“Mereka akan kata pada saya jangan fikir satu komen yang teruk tu kerana ada komen baik yang lebih banyak.

“Paling teruk netizen komen dah tua-tua main TikTok, tak sedar diri, sedangkan media sosial ni tak kira usia,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi