suria

Setahun tiada tawaran berlakon, Raja Afiq kini pekerja am di bank... Turun ego demi cari rezeki

SUSULAN tiada tawaran berlakon sejak awal tahun ini, pelakon Raja Afiq memberitahu dia kini sudah mempunyai pekerjaan sebagai pekerja am di sebuah syarikat perbankan.

Afiq atau Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 29, berkata, dia tidak malu dengan pekerjaannya itu dan sanggup mengenepikan statusnya sebagai pelakon demi mencari nafkah buat keluarganya.

"Masa saya muat naik gambar dan minta tawaran berlakon ramai cakap carilah kerja dan sebenarnya sudah pelbagai pekerjaan saya buat.

"Saya tak harap tawaran berlakon semata-mata, saya berniaga dan sekarang sudah ada kerja tetap di sebuah bank.

"Hidup ini perlu diteruskan sebab kalau tidak ada pendapatan pun susah juga sebenarnya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Afiq berkata, dia turunkan ego demi mencari rezeki buat keluarga walaupun pada awalnya ada perasaan segan untuk bekerja tetap.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi