suria

Berhabis ratusan ribu ringgit, usahawan kosmetik rancang tukar bumbung rumah jadi kepala Hello Kitty

TERLALU meminati karakter kartun Hello Kitty, personaliti media sosial Afina memasang impian menukar bumbung rumahnya dengan kepala animasi popular itu.

Kata Afina atau Yus Amina Mohd Zawizah, 33, dia dan suami sudah berbelanja ratusan ribu ringgit untuk memiliki koleksi dan barang hiasan Hello Kitty sejak lapan tahun lalu.

“Tak terkira... banyak sangat sampai barang rumah dan kereta pun dah tukar Hello Kitty, anggaran cecah ratusan ribu ringgit juga selama lapan tahun ni.

“Saya teringin nak tukar bumbung rumah dengan kepala Hello Kitty belum sampai dan tak jumpa lagi kontraktor.

“Impian saya memang nak sangat bumbung rumah saya tukar Hello Kitty,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi