suria

Ramai simpati video gerai satay isteri tak laku, Idzham Ismail dedah hanya content... Minta beli sebab sedap bukan kasihan

PELAKON Idzham Ismail meluahkan rasa terkejut apabila perkongsian video mengenai gerai satay diusahakan isterinya meraih perhatian netizen selepas membuat kapsyen berunsur simpati dan sedih.

Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 35, menjelaskan, video tersebut sekadar content semata-mata dan tidak menyangka ramai mempercayai perniagaannya tidak mendapat sambutan.

"Saya buat video itu sebab nak lihat reaksi netizen dan tak sangka pula ramai beri semangat dan doakan perniagaan isteri selepas menonton video berkenaan.

"Tapi bila tonton balik video itu, macam menipu sedangkan kami ada sales, saya tak mahu orang beli sebab content sedih sebab itu tak bagus.

"Pemasaran itu perlu tapi perlu berakal dan janganlah merendahkan maruah mendapat sesuatu sasaran... Bangga ke kalau capai sesuatu melalui simpati orang?,"katanya kepada mStar

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi