suria

Pernah bergelar ketua kelas, influencer Andika Putera mahu jadi PM usia 40 tahun... “Itu umur matang seorang lelaki”

PERSONALITI media sosial Andika Putera memasang impian bergelar Perdana Menteri (PM) Malaysia ketika usianya mencecah 40 tahun.

Mengakui impiannya itu agak ‘gila’, Andika atau Muhammad Andika Putera Salleh, 26, berkata dia sudah melukis strategi untuk bergelar pemimpin tertinggi negara itu.

“Saya nak jadi Perdana Menteri, pertama sekali pada usia 14 tahun cikgu tanya saya nak jadi apa bila dah besar, saya fikir apa pemimpin paling terbaik?

“Saya fikir Perdana Menteri, saya juga dah lukis strategi saya untuk bergelar Perdana Menteri suatu hari nanti,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Andika tidak kisah jika netizen mengkritik impiannya untuk bergelar PM itu.

“Kita tak boleh nak tutup mulut orang, hidup kita ni hanya untuk Allah dan apa yang orang nak kata pada kita memang tak boleh nak kawal.

“Tapi saya hanya berkongsi tentang impian saya, tidak salah untuk berimpian besar kalau tak dapat tidak mengapa saya bersyukur dengan apa yang saya ada,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi