suria

“Benda kecil saja”- Mawi anggap ada hikmah isu gerai seafood caj mahal... Buat laporan berhubung fitnah rumah tangga

PASANGAN selebriti Mawi dan Ekin tampil membuat laporan polis selepas wajah dan nama mereka digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan melariskan produk jualan.

Kata Mawi, tindakan individu berkenaan mereka-reka cerita tidak benar mendakwa hubungan rumah tangganya dengan Ekin sedang bergolak merupakan satu fitnah.

Mengulas mengenai perkara itu, Mawi memberitahu dia sudah membuat laporan polis pada Selasa lalu bertujuan membersihkan kembali namanya serta menghentikan penyebaran berita tidak sahih itu.

“Kami buat laporan di Balai Polis Bangi pada Selasa lalu kerana ada beberapa blogger yang menggunakan nama kami kemudian meletakkan tajuk seolah-olah rumah tangga kami bermasalah.

“Tajuk dia tu membuatkan keluarga dan kawan-kawan akan mesej bertanyakan mengenai keadaan kami, bila dia bagi link tu baru saya faham, rupanya pautan jual barang.

“Ini bukan kali pertama kena macam ni... tapi kali ini melampau sebab mereka guna gambar saya tengah sedih yang diambil sewaktu pengebumian ibu saya.

“Ini kerja kerja kotor kalau nak berniaga bukan macam ini lagi pun perkara ini harus diambil tindakan supaya tidak berulang lagi,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mawi dan Ekin turut mengulas mengenai isu viral gerai makanan laut yang mengenakan caj mahal semasa kunjungan mereka baru-baru ini.

Enggan lagi memanjangkan isu berkenaan, Mawi berkata apa yang berlaku memberi hikmah dan pengajaran kepada masyarakat supaya mereka mengetahui hak sebagai pengguna.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi