suria

Ibnor Riza tak putus asa ubati kanser, reda jika takdir hidup cuma 6 bulan lagi... “Saya yakin ketentuan Allah”

DISAHKAN menghidap kanser limforma tahap empat, penyanyi Ibnor Riza terus cekal dan reda berdepan ujian penyakit itu.

Menanggung beban berat, Ibnor, 63, bersyukur kerana masih mendapat sokongan daripada keluarga, sahabat serta peminat yang tak putus-putus mendoakan agar dia kembali sihat.

Diramalkan hanya mempunyai baki enam bulan saja lagi untuk hidup, Ibnor berkata dia pasrah andai sudah tertulis takdirnya begitu.

“Sokongan dalam kalangan keluarga, rakan serta peminat yang menyayangi saya, saya sayangkan semua dan tak menyangka ramai yang beri perhatian.

“Itu buatkan saya kuat untuk hiburkan mereka walaupun itu jangkaan doktor, ini semua kerja Allah SWT tapi saya tak harap dengan jangkaan doktor itu.

“Kita kena akur dengan kata doktor namun kena percaya dengan Allah jadi sebab tu saya boleh kuat dan cuba lawan sedaya mampu dan yang lain serahkan pada ketentuan Allah,” kata Ibnor kepada mStar.

mStar bersama wakil produk kecantikan Noir Health & Beauty iaitu Ahmad Rizqan mengadakan pertemuan dengan Ibnor bagi bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan mStar Baek kepada penyanyi itu.

Program mStar Baek tajaan Noir Health & Beauty bersiaran di semua platform mStar pada setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi