suria

“Ramai lagi artis sangat seksi, tapi kenapa aku?” - Ara Johari masih trauma, berdebar peminat lelaki ajak bergambar

INSIDEN gangguan seksual yang berlaku pada Jun lalu, penyanyi Ara Johari memberitahu kejadian itu meninggalkan kesan cukup mendalam buat dirinya dan masih diingati sehingga kini.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 26, berkata dia takut untuk keluar sendirian dan perlu ditemani rakan sekiranya berada di luar rumah.

farrah Izzatie Johari, 25

“Alhamdulilah sekarang sudah tiada gangguan itu cuma sekarang saya lebih berhati-hati, saya cepat was-was contohnya kalau ada peminat lelaki nak bergambar, muka pun nampak misteri sikit terus jadi berdebar-debar.

“Ini membuatkan saya trauma sebenarnya sebab ada cerita buruk sebelum ini jadi saya lebih berjaga-jaga. Kalau ke mana-mana acara memang akan ajak kawan untuk teman saya.

“Cumanya selepas ini saya akan ketatkan keselamatan supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi, harapnya orang di luar sana jangan buat macam tu kalau tak mahu kes ini besar,” kata Ara kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi