suria

“Saya pun derma kepada Palestin” - Raja Ilya berang netizen tuduh sokong Israel, tak tahu ramai benci Gal Gadot

GARA-GARA meninggalkan komen 'stay safe' di akaun Instagram Gal Gadot, pelakon Raja Ilya dituduh sebagai penyokong Israel.

Menafikan mengenai perkara itu, Ilya atau Raja Rumilah Begum Raja Mohammad, 38, berkata komen ditulis itu sekadar sifat perikemanusiaan selepas pelakon Wonder Woman itu berkongsi kebimbangan susulan konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin.

“Saya tinggalkan komen itu daripada peminat kepada dia (Gal Gadot), saya bukan peminat Israel... saya dermakan duit saya pada orang-orang di Palestin.

“Adakah saya simpati pada nasib orang Palestin? 100 peratus ya! Sehingga saya tak nak tengok berita lagi sebab sangat sedih.

“Rakyat di sana sedang menderita bukannya Raja Ilya komen pada Gal Gadot stay safe akan jadi perang dunia,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi