suria

Ada tanggapan buruk sebelum peluk Islam, Mark Adam terbuka hati selepas hijrah ke Malaysia... “Di TV tak semua betul”

PENYANYI Mark Adam mengakui pernah mempunyai tanggapan buruk terhadap Islam sebelum memeluk agama ini.

Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah, 44, bagaimanapun berkata tanggapan itu berubah selepas dia mengenali seorang rakan Muslim ketika mula mencari rezeki di Malaysia pada tahun 2021.

“Masa kecil dulu saya dan kawan-kawan di Filipina memang ingat Islam ini adalah agama hantu.

“Jadi bila kita lihat orang Muslim bersujud atau solat, orang di sana ingat mereka hantu... tapi apa yang dilihat di televisyen atau TV bukan semua betul.

“Masa saya datang di Malaysia minda saya terbuka selepas jumpa seorang rakan seorang Muslim dan dia adalah manusia paling baik yang saya jumpa dalam hidup saya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Mark turut berlakon dalam drama Cik Misi 123 bersama pelakon lain seperti Adam Lee, Sweet Qismina, Hafreez Adam, Bella Dally dan ramai lagi di Astro Ria.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi