suria

Selalu tengok dalam drama, Angeline Tan teringin solat jemaah bersama suami... Sabri Yunus bagi isteri ruang belajar agama

BARU memeluk agama Islam dan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sabri Yunus, aktres Angeline Tan berharap dapat solat berjemaah dengan suaminya.

Angeline atau nama Islamnya iaitu Ardini, 56, berkata, dia masih belum mampu berbuat demikian kerana kini masih dalam proses mempelajari mengenai solat.

“Saya pernah tengok dekat televisyen suami isteri solat bersama, saya ingin rasa perkara macam itu tapi belum mampu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sabri berkata dia sudah bersedia memikul tanggungjawab dan membimbing isterinya yang merupakan seorang mualaf.

Dia bagaimanapun enggan terlalu memaksa kerana mahu proses itu dilakukan secara ikhlas.

“Apabila Angeline teringin rasa nak solat itu sudah cukup besar buat saya buat masa ini.

“Saya tidak akan paksa dia, saya harap ia mengalir seperti cinta kami mengalir.

“Biarlah perasaan dia itu mengalir juga dengan tanpa paksaan apa-apa,” ujarnya.

Untuk rekod Sabri dan Angeline selamat diijabkabulkan pada 14 Oktober lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi