suria

Sabri Yunus kesal timbul isu nikah tak sah tapi syukur masyarakat dapat tambah ilmu agama

PENGARAH Sabri Yunus kecewa dengan tindakan seorang pengguna laman sosial yang menuduh pernikahannya dengan Angeline Tan pada 14 Oktober lalu tidak sah.

Berharap isu ini tidak dipanjangkan, Sabri atau Mohd Sabri Yunus, 62, bagaimanapun berkata dia bersyukur kerana perkara ini dapat memberi ruang kepada masyarakat mempelajari mengenai ilmu agama dan hukum nikah.

“Saya tidak marah tetapi kecewa dengan sikap sesetengah pihak sebab saya dah dapat agak apabila saya ke Perlis pasti akan ada yang tak kena.

“Saya tak fikir sampai sejauh itu (isu nikah) tapi Alhamdulillah saya bersyukur sebab pernikahan kami selain diraikan seluruh Malaysia dan kes ini dapat beri ruang orang belajar ilmu agama terutamanya bab nikah,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Angeline Tan, 56, memeluk Islam pada 26 September lalu dengan menggunakan nama Ardini.

Sabri Yunus pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya matanya.

Isterinya itu meninggal dunia akibat sakit kanser pada Ogos 2007.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi