suria

Kontroversi video lucah, Haqiem Stopa doa muncul kebenaran... Tak dendam individu sebar fitnah

PERSONALITI media sosial Haqiem Stopa menafikan dakwaan tular kononnya dia mempunyai hubungan serta menyimpan rakaman video tidak senonoh bersama seorang wanita.

Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 23, berkata tuduhan itu tidak benar dan perkara berkenaan sengaja direka-reka oleh pihak tidak bertanggungjawab yang sekadar ingin menggunakan namanya bagi tujuan populariti.

“Tak betul dan saya nafikan perkara itu lagi pun kami memang ada kerjasama tapi apa yang dinyatakan di TikTok adalah seratus peratus bukan saya dan bukan video kami.

“Memang perkara itu adalah fitnah dan saya ada keluarkan kenyataan sebelum ini menyatakan ia fitnah tapi ramai pula netizen yang keluarkan kenyataan sendiri sehingga beribu komen saya terima.

“Tak apa la cukup sekadar saya yang tahu dan sebenarnya ramai juga orang sekeliling saya yang tahu perkara ini tiada kaitan dengan kami, orang yang buat ni sebenarnya hanya sekadar content dan hanya mahu naikkan jumlah tontonan dengan gunakan nama saya saja,” kata Haqiem kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi