suria

Kaki dah tak kuat, penglihatan semakin kabur... Mak Jah menitis air mata rindu berlakon jumpa kawan-kawan

REDA diuji masalah kesihatan yang kurang baik sejak kebelakangan ini, pelakon veteran Mak Jah tetap bersyukur kerana dikelilingi ramai individu yang masih prihatin dengan dirinya.

Meskipun tiada lagi keupayaan untuk berlakon, Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad, 74, berkata dia terlalu rindu untuk kembali ke set penggambaran bertemu dengan rakan artis dan kru produksi yang merupakan sahabatnya sepanjang 40 tahun berada dalam industri seni.

“Apabila umur dah meningkat ni saya reda dengan segala ujian Allah.

“Umur macam ini kalau nak pergi shooting pun tak tahu nak cakap macam mana sebab saya ni orang seni kadang-kadang rindu nak berlakon dan jumpa kawan-kawan artis serta kru produksi..

“Mereka semua baik dan tidak pernah kecewakan saya malah saling menghormati.

“Saya selalu bercakap pada mereka, saya doakan mereka berjaya tapi kalau saya dah tiada jangan lupa sedekahkan al-Fatihah Mak Jah tak minta apa-apa,” katanya kepada mStar.

mStar bersama wakil produk kecantikan Noir Health & Beauty telah mengadakan pertemuan dengan Mak Jah bagi bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan mStar Baek kepada penyanyi itu.

Program mStar Baek tajaan Noir Health & Beauty bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi