suria

Shuib dan Azad bangga satu konti, gabungan segmen pagi Suria FM dan Era bukti tak bermusuh

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib Sepahtu meluahkan rasa teruja apabila diberikan peluang bergabung bersama tiga penyampai Era dalam satu konti.

Shuib atau Shamira Muhammad, 39, berkata kolaborasi istimewa ini diharap dapat menarik pendengar daripada dua stesen sekaligus menepis dakwaan saling bermusuh antara mereka.

“Kami nak terapkan kalau boleh jangan bermusuh tapi ia satu perlumbaan atau persaingan yang sihat, jadi tak perlu nampakkan macam kotor sangat.

“Jangan biarkan orang dekat luar pandang kami ni macam bersaing teruk sangat, carta kedudukan tu hanya la nombor semata-mata.

“Suria ada pendengar sendiri, begitu juga Era, jadi bila bergabung tu boleh bertukar pendengar dan kalau boleh masa akan datang kami memang nak bekerjasama lagi,” kata Shuib kepada mStar.

Istimewanya, gabungan enam penyampai radio iaitu Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin ini mencipta satu sejarah baharu dalam dunia penyiaran radio apabila tercatat dalam Malaysia Book Of Record.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi