suria

Isu parang buat nama To'ki busuk, dituduh terlibat dalam aktiviti kongsi gelap

SUSULAN bertindak mengeluarkan parang ketika diserang sekumpulan individu di rumah sewanya, penyanyi To'ki mendedahkan dia kini dilabel sebagai seorang gangster oleh segelintir pihak.

Tidak hanya itu, To'ki atau Mohd Zaki Mansur, 58, berkata, ada juga pihak menuduhnya terlibat dalam aktiviti kongsi gelap hanya kerana bertindak mempertahankan keluargan dalam insiden berkenaan.

"Disebabkan isu 'parang' saya dikaitkan dengan aktiviti kongsi gelap... Kalau betul saya terlibat dengan kumpulan itu, tidak semudah itu saya boleh keluar daripadanya," katanya ketika ditemui mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, To'ki menjelaskan tuduhan tidak membayar bil elektrik sehingga tertunggak RM6,000 sebagai mengarut.

Jelasnya, sekiranya perkara itu benar sudah pasti pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah menghantar notis pemotongan.

"Janganlah sampai fitnah saya... Kalau betul tak bayar, dua bulan pun mesti notis pemotongan akan sampai.

"Apabila pihak Baitulmal datang membantu perkara itu tidak benar pun," ujarnya.

Pada 9 Oktober lalu, pemilik unit kediaman yang disewa To'ki mendedahkan penyanyi itu enggan membayar tunggakan sewa sebanyak RM3,600.

Lebih menakutkan apabila To'ki didakwa mengeluarkan parang ketika dia datang ke rumah untuk berbincang pada 18 September lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi