suria

Dah jadi public figure pun Balau tetap bawa imej mat motor, teruja dapat jumpa ‘kembar’ Faizal Hussein

PERSONALITI media sosial Balau memberitahu dia masih menerima kecaman netizen kerana masih mengekalkan imej mat motor.

Balau bagaimanapun berkata dia tidak ambil peduli mengenai perkara itu dan menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kedepankan orang yang sama nasib macam saya supaya yang ada kelemahan ni jadikan satu kelebihan.

“Sekarang ni alhamdulilah kehidupan cumanya ada satu perkara tu yang agak sukar untuk dibuat tapi bila sudah kenal ni ramai rupanya nak membantu, rakyat Malaysia ni ada yang prihatin.

“Tanggungjawab besar bila pergi mana-mana orang kenal saya jadi perkara tu yang buatkan saya rasa kena berhati-hati kena selalu merendah diri, negatif tu tetap ada sehingga sekarang tapi sebagai manusia tak boleh buat apa-apa selagi apa yang dilakukan berfaedah kepada orang lain teruskan saja la,” kata Balau kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi