suria

Ada orang takut nak tegur OKU... Bad Indigo bimbang hidup susahkan masyarakat sekeliling

SAMA sekali tidak rasa terhina, penyanyi Bad Indigo menganggap kecacatan pada dirinya kini sebagai tanda Allah masih menyayangi dirinya.

Reda dengan ujian yang dilalui, Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, berkata, jika boleh dia tidak mahu menyusahkan orang sekeliling kerana perkara itu akan membuatkan dirinya lebih sedih.

"Saya terasa sangat bila saya menyusahkan orang, fasal pergerakan saya terbatas orang kena tolong.

"Sehinggakan saya sampai sahaja di bengkel orang kena tolong saya dengan keluarkan walker walaupun saya tak minta tapi mereka buat.

"Jadi saya rasa macam saya susahkan orang je, di rumah kadang-kadang saya rasa down sebab perkara itu," katanya kepada mStar.

Malah Bad sempat berkongsi peristiwa penyanyi Datuk Awie berasa simpati ketika kali pertama berjumpa selepas menjadi OKU.

mStar bersama pengasas produk kecantikan Noir Health & Beauty iaitu Madammu telah mengadakan pertemuan dengan Bad bagi bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan mStar Baek kepada penyanyi itu.

Program mStar Baek tajaan Noir Health & Beauty bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi