suria

Terpaksa ‘hilang’ sebab dah sign kontrak, Iedil Putra tak sangka rupanya ramai sayang

PELAKON Iedil menerima kecaman netizen gara-gara gimik berita kehilangannya semasa menghadiri malam tayangan perdana filem Extraction 2 ketika di Manila, Filipina pada Jun lalu.

Iedil atau Iedil Dzuhrie Alaudin, 39, berkata walaupun menerima kecaman namun perkara itu tidak memberikan kesan buat dirinya kerana menyedari lama-kelamaan isu ini akan reda.

Meskipun idea ini bukanlah daripadanya namun Iedil bersedia dengan segala kemungkinan dan berharap pihak Netflix Malaysia bertanggungjawab dengan segala kemungkinan yang terjadi.

“Saya diminta oleh pihak Netflix untuk membuat marketing sosial media filem Extraction 2 dan saya hilang tu memang daripada idea mereka, saya terikat dengan kontrak jadi kena ikut saja.

“Masa penggambaran dulu mereka ada tanya saya mengenai perkara ini dan saya cakap kepada mereka kalau mereka tahu kawal apa kemungkinan yang berlaku jadi saya ikut saja.

“Setiap apa yang terjadi saya pasti akan tengok baik dan buruknya, benda yang hangat-hangat tahi ayam ni sekejap je orang marah cuba tengok macam sekarang follower tak naik pun walaupun viral,” kata Iedil kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi