suria

Rebut takhta penyanyi nombor satu, Misha Omar nasihat peminat Aina Abdul... “Memuja artis tak perlu sampai berbalah”

BARU-BARU ini hangat perbalahan dua kelompok peminat kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul mempersoalkan mengenai kedudukan artis kegemaran mereka.

Dalam hal ini, penyanyi Misha Omar meminta peminat berhenti daripada bercakap mengenai perkara itu kerana bimbang akan menimbulkan rasa kurang senang artis berkenaan.

Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 41, bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana peminatnya tidak melakukan perkara diluar jangkaan yang boleh menimbulkan perselisihan faham pihak lain.

“Peminat kalau memuja artis tak perlu sampai berbalah atau berebut nombor kedudukan sebab tak kemana pun kerana industri muzik kita memerlukan kesatuan.

“Tak mahulah kekecohan ini membuatkan Aina apabila jumpa dengan TokTi akan jadi lain sebab perkara ini akan buat orang kurang selesa juga.

“Saya hargai ketenangan sekarang ini malah saya rasa peminat saya lebih dewasa dan jauh berbeza daripada mereka, biarlah begini saja,” kata Misha kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi