suria

Artis veteran sudah tiada tempat... Abon nekad undur diri, beri peluang instafamous lebih ramai follower

PERNAH menyuarakan pandangan mengenai layanan diterima artis veteran, pelawak dan pelakon Abon memberitahu sehingga kini dia masih belum menerima tawaran lakonan.

Melihat itu masih berterusan, Abon atau Sharizan Ahmad, 63, akhirnya membuat keputusan nekad untuk cuci tangan daripada meneruskan kerjaya sebagai penghibur.

“Kita sudah menyepi kalau dalam bahasa halusnya saya sudah cuci tangan, dalam industri ni tempat untuk artis veteran dah makin menyepi dan tersisih jadi saya undur la diri.

“Bagi la peluang kepada bakat baharu pula kerana mereka mahukan yang ramai pengikut di media sosial, bukan saya saja malah ramai lagi artis dibawah Yayasan Aris Veteran Malaysia sebanyak 80 orang pun yang senasib.

“Kalau ada acara kecil saya datang la memeriahkan acara dan untuk menghabiskan sisa baki hidup ni,” kata Abon kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi