suria

Rezeki pengantin baharu! Sabri Yunus dan Angeline Tan dapat tajaan 7 majlis resepsi, paling grand di Kelantan

PELAKON dan pelawak Sabri Yunus meluahkan rasa bersyukur apabila majlis resepsinya berjalan dengan lancar seperti dirancang di Grand Barakah Ampang pada Jumaat, 3 November.

Sabri atau nama sebenarnya Mohd Sabri Yunus, 62, berkata dia tidak menyangka apabila berpeluang untuk bersanding kali kedua dan memberitahu kesemuanya majlisnya itu ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur.

“Saya tak pernah terfikir untuk buat majlis ni kan sebab kami sudah tua dan kedua kami tiada duit jadi bila ada pula majlis resepsi bersiri ni jadi kami sangat bersyukur sebenarnya.

“Saya rasa selain Allah sayang saya tapi rupanya baru tahu ramai yang sayang saya, terima kasih sangat kepada semua yang taja kami,” kata Sabri kepada mStar.

Sementara itu pasangan ini akan diraikan dalam beberapa lagi majlis resepsi dan kesemua majlis resepsi tersebut mendapat tajaan penuh.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi