suria

Zizan Nin terkejut tular berita sakit kanser, rupanya foto nampak kurus gambar lama

PELAKON dan pengarah Zizan Nin menafikan dakwaan kononnya dia sedang sakit akibat kanser susulan tersebar gambar dirinya kelihatan kurus sejak kebelakangan ini.

Zizan atau Azizan Nin, 50, mengakui terkejut apabila mengetahui khabar angin itu dan mengakui ramai kenalan rapat mula menghubunginya bagi mendapatkan kesahihan berita itu.

“Oh tak, sebenarnya kanser tu tak ada dan Alhamdulilah saya masih sihat sekarang sebenarnya yang tersebar tu gambar lama masa saya berlakon drama Roxy dulu, saya kena banyak guna rambut palsu.

“Waktu tu doktor saran saya diet sebab nak jaga pemakanan tapi terlampau jaga pula sampai terlebih kurus pula dan itulah orang ingat saya tengah buat rawatan kemoterapi.

“Terkejut juga bila tahu perkara ini lagi pun lepas tular gambar tu ada juga beberapa kawan lama bertanyakan pada saya betul ke saya sakit, mana ada cuma kolekstrol saja ada la,” kata Zizan Nin kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi