suria

Fadilah Mansor naik bosan 8 bulan tak kerja, bukan kena ‘blacklist’ tapi belum rezeki

PELAKON Datin Fadilah Mansor pernah merasakan dia disenarai hitamkan oleh pihak produksi dan stesen televisyen gara-gara sudah lapan bulan tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Bagaimanapun kata Fadilah, 65, pemikirannya itu sebenarnya salah sebaliknya apa yang dihadapinya itu berkait rapat dengan rezeki ditentukan Allah SWT buatnya.

“Saya risau juga tiba-tiba berhenti macam itu (tiada tawaran berlakon), macam saya ini kena 'blacklist' ke, macam-macam pertanyaan dalam minda.

“Bila tahu perkara sebenar, tiada apalah mungkin belum rezeki sebab kawan-kawan lain pun belum ada tawaran takkan semua kena blacklist,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Fadilah memberitahu bakal muncul dalam drama berjudul Aku Bukan Ustazah.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi