suria

“Duit tak dapat kawan pun hilang”... 10 tahun Fadzil Zahari tunggu rakan bayar hutang, media sosial dah kena sekat

PELAKON dan penerbit Fadzil Zahari memberitahu ada pihak tidak melunaskan pinjaman wang yang diberikan sejak 10 tahun lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Fadzil atau Fadzil Bahari Zahari, 40, berkata walaupun perkara ini sudah lama berlalu namun dia tidak menghalalkan wang yang diberikan itu.

“Dulunya saya pernah beritahu mengenai perkara ini namun sehingga sekarang hampir 10 tahun belum selesai dan nilainya agak besar melibatkan belasan ribu ringgit dan individu terbabit merupakan rakan juga melibatkan kenalan dalam industri hiburan.

“Yang jadi tak puas hati bila kami lihat dia bersenang lenang, meriah berjalan tapi lupa untuk bayar balik pinjaman yang kami berikan tu, kami ni mudah kasihan tapi tak sangka pula bila selidik kami ditipu, pekerja dia pun ditipu,” kata Fadzil kepada mStar.

Tambah Fadzil lagi, usaha untuk dapatkan kembali wang berkenaan gagal kerana pihak tersebut telah menyekatnya daripada media sosial.

“Sebelum ni ada minta balik wang tu dan hubungi keluarga dia tapi cuma dapat balik RM3,000 saja dan masih ada baki lagi, yang terkejutnya bila lihat di media sosial kami sudah pun di sekat,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi