suria

Roy menangis sebut nama Allah, syukur masih berdaya untuk solat... Aktif busking demi menyara keluarga

PENYANYI Roy mengakui mengalir air mata apabila bercakap mengenai kebesaran Allah yang menjadi tempat dia berserah.

Cerita Roy atau Mohammad Rauzan Alwi, 59, Allah menjadi tempat dia mengadu dan berharap lebih-lebih lagi selepas diduga pelbagai ujian.

"Saya selalu kenangkan Allah, tanpa Allah saya tidak boleh hidup... saya dapat rasa cinta Allah pada saya.

"Allah bukan bagi saya senang atau banyak harta, Allah uji saya nak lihat saya reda atau tidak.

"Siapa yang tidak pernah buat dosa semua orang berdosa, tapi Allah maha pengasih dan maha penyayang," katanya kepada mStar.

mStar bersama wakil produk kecantikan Noir Health & Beauty iaitu Ahmad Rizqan telah mengadakan pertemuan dengan Roy bagi bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan mStar Baek kepada penyanyi itu.

Program mStar Baek tajaan Noir Health & Beauty bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi