suria

Lega isteri tidak lagi terima gangguan seksual, Ayie Floor88 lebih matang selepas kahwin

VOKALIS kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Ilham meluahkan rasa syukur apabila isterinya iaitu Tasha Awie tidak lagi menerima sebarang gangguan selepas pendedahannya sebelum ini tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee bin Elhamshah, 26, berkata walaupun perkara itu sudah berlalu namun ia meninggalkan kesan buat dirinya dan isteri malah memberitahu tidak akan memaafkan perbuatan individu terbabit.

“Orang macam ini untuk saya terima agak susah sikit sebab dia buat perkara bukan-bukan dekat isteri orang dan saya tak akan terima melainkan dia datang untuk minta maaf, itu saya terima.

“Kalau ingatkan balik rasa sakit hati tu memang ada tapi benda pun sudah berlalu kan, dia pun sudah hilang macam jadi saya agak tak apa apa untuk kali ini.

“Alhamdulilah isteri saya tiada lagi terima gangguan tersebut selepas saya muatnaik di sosial media dan kisah pun keluar di mStar jadi mungkin dia tak berani kot, saya doakan semoga orang macam tu hentikan buat kerja macam tu,” kata Ayie kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi