suria

Ryan Bakery masih ‘content creator’, masuk FD3 mahu kukuhkan penjenamaan diri

PERSONALITI media sosial Ryan Bakery tidak terkesan dengan kecaman dilemparkan netizen terhadap dia dan adiknya yang melihat penyertaan mereka menerusi Famili Duo 3 (FD3) seolah-olah menjatuhkan martabat industri seni.

Ryan atau Muhammad Ryan Fami Bakery, 28, sebaliknya melihat kritikan diberikan sebagai proses pembelajaran buat dia dan adiknya, Adam Bakery bagi mengukuhkan nama dalam industri hiburan tempatan.

"Saya ini tak akan duduk ditempat sama sahaja dan kena berani cuba sesuatu yang baru untuk mengukuhkan nama serta penjenamaan diri.

"Kalau saya terus sebagai content creator sampai bila, kan? Lagipun saya nak beri peluang kepada adik saya untuk lebih kedepan.

"Komen-komen negatif itu saya ambil sebagai teguran dan mana positif kita jadikan sebagai pemangkin semangat untuk buat lebih baik," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi