suria

Jalil Hamid kuat lawan sakit, hilang selera makan gara-gara anxiety... Masih menanti tawaran kerja

PELAKON dan pelawak veteran Jalil Hamid masih belum menerima sebarang tawaran berlakon meskipun kisahnya tular di media sosial, baru-baru ini.

Bersedia untuk kembali ke set penggambaran, Jalil atau Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, berkata dia masih mampu untuk melakukan pekerjaan sekiranya diberikan peluang berlakon.

“Malu nak cerita mengenai tu, saya kerja mengharapkan gaji jadi bila tiada tu agak susah sikit la, sekarang ini saya gunakan saja apa yang ada untuk teruskan kehidupan.

“Susah orang nak tawarkan saya kerja dengan keadaan saya macam ini dan memang tak ada pun, tapi kalau ada panggil la saya sebab saya suka bekerja cumanya tak boleh kerja lasak macam dulu,” kata Jalil kepada mStar.

Dalam pada itu, Jalil memberitahu dia pernah berdepan dengan masalah ganguan anxiety (keresahan) apabila mengenangkan nasib yang menimpa dirinya saat ini hingga hilang selera makan.

“Keadaan makin okay cumanya sekarang ini ada pelbagai penyakit lain pula macam jantung, buah pinggang pula dan pernah dulu tu saya macam kena anxiety macam nak marah-marah saja,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi