suria

“Dia memang outspoken”... Aliff Syukri nasihat Makcik Kemboja, jangan lawan netizen cepat minta maaf

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menasihati rakannya yang juga seorang peniaga dikenali Madame Mariyah supaya segera memohon maaf dengan ikhlas.

Mengenali Mariyah seorang individu yang lantang bersuara, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata keterlanjuran kata di media sosial boleh menyebabkan sesuatu isu menjadi besar sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa.

“Saya tak mahu ulas lebih-lebih takut terkena pada diri saya dan bagi saya perkara ini (isu Melayu pemalas) berikan impak yang besar.

“Kita tak tahu esok lusa kita nak meniaga tapi orang boikot.

“Jadi nasihat saya pada Mariyah supaya berhati-hatilah sebab media sosial dah tak macam dulu, dah melibatkan polis dan kerajaan jadi saya takut,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Mariyah Yaakob atau digelar Makcik Kemboja bangga mengakui dirinya berasal dari Kemboja dan melabelkan orang Melayu sebagai pemalas.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi