suria

Elizabeth Tan teruja tengok ‘patung David’ depan mata, kesal komen netizen wanita kaitkan seni dan gangguan seksual

GARA-GARA berkongsi gambar bersama Statue of David atau patung David, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan menerima pelbagai komen berbaur lucah dan seksual.

Menganggap perkara itu sebagai satu seni, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 30, berkata netizen haruslah berfikiran terbuka dan tidak mengaitkan seni dengan gangguan seksual.

“Ada komen yang kurang ajar sikit... mereka cakap oh ini seni ya, lepas ini kalau kena gangguan seksual cakaplah perkara itu seni.

“Saya rasa benda tu tak okay! Tak boleh bandingkan sebab ia perkara yang berbeza.

“Tapi seni adalah seni, tak bolehlah ada small mindset,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain drama lakonan Lizzy iaitu W: Two Worlds akan mula ditayangkan di platform penstriman Viu pada 30 November 2023.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi