suria

Balu Abam sibuk urus bisnes tak terfikir soal jodoh, sebak Hamzah dah pandai jawab ‘ayah saya dekat syurga’

ISTERI kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah memberitahu hatinya masih belum terbuka untuk mencari pengganti arwah suaminya itu.

Meskipun ada yang mencuba nasib, namun Hidayah berkata dia masih belum bersedia untuk berkahwin lagi kerana fokusnya kini menguruskan anak tunggal iaitu Hamzah dan perniagaannya.

“Sekarang ini Dayah memang sibuk sikit dengan dua perniagaan, kedai makan dan produk kecantikan dan Alhamdulilah anak pun semakin membesar dah empat tahun sekarang ini, keluarga banyak membantu saya.

“Sebenarnya kalau ada jodoh ke arah itu Dayah terima saja tapi sekarang ini Dayah nak besarkan Hamzah (anak), jadi buat masa ini belum terbuka hati lagi untuk terima orang baru,” kata Dayah kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Dayah memberitahu dia meminta supaya adik iparnya iaitu Ali Puteh segera melunaskan bayaran tertunggak yang perlu dibayar berhubung kes saman fitnah yang difailkan sebelum ini.

“Saya harap agar pihak sebelah sana dapat selesaikan bayaran secepat mungkin sebab tahun 2023 pun dah nak habis dan sekarang dah nak masuk tahun 2024,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi