suria

“Saya takkan datang sini lagi” - Yasin Sulaiman syukur bebas, lepas kes dadah... Mahu mohon perkenan Sultan Selangor balik kampung

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman memanjatkan rasa syukur selepas dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan tiga kes dadah pada Rabu.

Meskipun begitu, mahkamah memerintahkan Yasin menjalani rawatan susulan di Hospital Tanjung Rambutan, Perak selama mana tempoh diperkenankan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Sekarang ini saya perlu kembali ke Hospital Tanjung Rambutan dibawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk sempurnakan rawatan bipolar saya.

"Saya akan kekal berada di hospital itu selama mana yang tuanku tetapkan," katanya.

Dalam pada itu Yasin bakal membuat permohonan untuk dapatkan perkenan Sultan Selangor untuk sepanjang rawatan berkenaan dia boleh dibenarkan pulang ke kampung halamannya.

“Saya akan buat satu lagi permohonan perkenan untuk kembali ke kampung halaman, Kajang dan Damansara," tambahnya lagi.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi