PELAKON dan penyanyi Ifa Raziah meluahkan rasa sedih apabila kejayaan yang dikecapi dalam perniagaan kurang disenangi individu terdekat sehingga sanggup menjatuhkan dirinya.
Ifa atau Saripada Raziah Mustapha, 48, bagaimanapun reda dan memaafkan individu berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan.
“Orang yang pengkhianat ni adalah orang yang paling rapat dengan kita, tahu rahsia kita dan itulah yang kena jaga-jaga sebenarnya.
“Saya sedih sebab dia bukan orang lain tapi bangsa Melayu juga yang dengki serta jatuhkan kita ni, saya hanya berdoa kepada Allah, menangis dan reda apa yang berlaku sebelum ini.
“Saya jauhkan diri dengan individu berkenaan dan belajar bertenang. Saya percaya setiap apa yang berlaku ada sebab tertentu,” kata Ifa kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI