suria

Peminat tidak tahu Nana Sheme dah kahwin, berani melamar siap ajak kahwin... Mujur suami tak cemburu

MESKIPUN sudah bergelar isteri orang, penyanyi Nana Sheme mendedahkan dia masih lagi menerima gangguan daripada peminat lelaki.

Nana atau Nur Nabilah Hasimi, 28, berkata individu itu tanpa segan silu turut melamarnya berkahwin tanpa menyelidik statusnya sebagai isteri orang.

“Ada yang mesej saya di media sosial dan tak tahu status saya sudah berkahwin dan ada yang nak cuba nasib tetapi sebagai isteri saya kena tolak cara baik kepada mereka.

“Ada juga yang pernah ajak untuk bertunang dan berkahwin malah ada yang nak masuk meminang tapi saya anggap itu mungkin mereka tak serius dan hanya bergurau saja kot.

“Mungkin itu sebab mereka terlalu obses dengan saya atau tak selidik dulu sebelum nak mesej saya,” kata Nana kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi