suria

Lantang di media sosial, Azhar Sulaiman kongsi pandangan untuk kebaikan ummah... Terbuka jika pendapat dikritik

SERING berkongsi pandangan di media sosial, pelakon Azhar Sulaiman tidak terasa hati jika ada rakan selebriti yang tidak sependapat dengannya di media sosial.

Kata Azhar, 52, dia juga tidak bimbang jika ada cubaan untuk memboikot dirinya kerana terlalu lantang menyuarakan pendapat di media sosial.

Sebaliknya aktor itu meraikan kepelbagaian pendapat dan perbezaan dalam menyuarakan sesuatu isu.

“Pada saya apa yang saya cakap ada yang setuju dan ada yang tidak setuju, jadi terpulang kepada orang ramai untuk menilai sebab saya tak risau sangat perkara itu (diboikot).

“Asalkan kita tidak cakap sesuatu perkara yang 100 peratus orang tidak setuju dengan kita.

“Tetapi jika sekadar pendapat yang saya utarakan di media sosial tu, 100 orang beri komen negatif 700 orang like posting tu pada saya dari situ kita dah tahu kedudukan kenyataan saya tersebut,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi