suria

Sibuk latihan kickboxing, Randy Pangalila jawab dakwaan sudah tinggalkan dunia seni

DILIHAT sibuk berlatih sukan kick boxing sejak beberapa bulan lalu, ramai netizen mendakwa pelakon Randy Pangalila sudah meninggalkan dunia seni sebaliknya beralih menjadi seorang peninju.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Randy dilihat kurang berkongsi aktiviti seni malah lebih fokus menjalani latihan tinju.

Randy atau Randy Dionisius Pangalila, 34, berkata meskipun belum rasmi meninggalkan dunia seni namun dia terbuka sekiranya ada pihak menawarkannya menjadi peninju profesional.

553

Randy teruja digelar peninju

"Sebenarnya kalau saya dipanggil sebagai seorang atlet peninju pun okay, kerana yang ada fikiran saya hanya sebagai selebriti, pemuzik, pelakon filem atau drama.

"Tapi kalau ada pihak menawarkan sesuatu yang lebih serius jadi saya pasti akan siapkan segalanya," kata Randy sewaktu sesi temu bual itu.

Difahamkan Randy kini sedang mempersiapkan diri menyertai kejuaraan kelas profesional Byon Combat Showbiz Vol 3 pada 22 Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukuplah dua... Doa Randy Pangalila mahu sepasang cahaya mata termakbul, tak fikir nak tambah anak lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah istimewa sempena Krismas... Isteri Randy Pangalila umum hamil anak kedua

Menjawab persoalan netizen berhubung status kariernya sebagai selebriti itu, Randy memberitahu walaupun sibuk dengan sesi latihan tinju namun aktiviti seninya masih berjalan seperti biasa.

"Saya selalu melakukan latihan tinju dan dalam masa sama shooting masih diteruskan cuma perlahankan sedikit kerana fokusnya kepada tinju tapi rehat perlu juga untuk dapatkan kesihatan yang baik," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi