suria

Tak geli darah, lelaki ini buat kerja ‘rare’ ambil upah cuci uri... Bantu mudahkan urusan pasangan tiada pengalaman

PERKHIDMATAN mencuci uri manusia merupakan salah satu pekerjaan yang jarang dilakukan kerana ia melibatkan proses yang agak rumit.

Namun tidak bagi lelaki bernama Muhammad Amirul Ma’rof, 32, yang sanggup menggalas tanggungjawab menguruskan uri ibu yang baru bersalin.

Mempelajari proses pengurusan uri daripada ibu mentua, Amirul berkata dia meneruskan perniagaan keluarga itu kerana mahu memudahkan urusan pasangan yang kurang berpengalaman.

“Saya dah buat perniagaan ini sejak 2019 dan sudah lima tahun sejak ambil alih daripada ibu mertua, Alhamdulilah sambutan setakat ini memang okay sebab setiap hari ada saja orang yang bersalin.

“Bergantung kepada orang nak cakap apa sebab niat kami hanya nak bantu saja kerana kita ada setengah pelanggan kami sibuk sampai tiada masa untuk uruskan dan kami akan uruskan hingga ke proses tanam uri tersebut.

“Tak salah pun untuk pihak lain lakukan proses cuci tu tapi seelokny dilakukan adalah pihak keluarga seperti ayah, tapi apa yang kami lakukan ini sebenarnya adalah untuk memudahkan orang tiada pengalaman,” kata Amirul kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi