suria

Salah guna AI semakin berleluasa, kerajaan teliti keperluan gubal akta lindung industri seni

KEMENTERIAN Komunikasi mengambil maklum mengenai penyalahgunaan suara penyanyi menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) melibatkan artis bagi mengaut keuntungan dengan mudah.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Digital dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengambil tindakan proaktif supaya perkara tersebut tidak merosakkan industri kreatif negara.

Dalam masa sama, Fahmi juga memaklumkan Kementerian Digital bersama MOSTI akan meneliti keperluan untuk menggubal akta baharu berkenaan isu tersebut.

"Kita tahu Kementerian Digital, MOSTI juga sedang meneliti isu AI. Kita tahu kreativiti dalam menggunakan AI boleh menghasilkan banyak kandungan baru.

"Tetapi pada masa yang sama apabila melibatkan isu hak atau 'copyright' bagi para artis, di sini saya nampak kita kena ada sedikit perbincangan," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi