AKTIF melibatkan diri dalam pelbagai peraduan sejak tahun 2012, pensyarah dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) iaitu Muhammad Amin Hadarih, 33, mendedahkan dia sudah menyertai hampir 300 peraduan.
Bertuah kerana sering memenangi peraduan disertai, Amin berkata dia menjadikan minat itu sebagai hobi dan setiap kemenangan menjadi pembakar semangat buat dirinya.
"Saya tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi, oleh itu saya memegang prinsip apabila menyertai sesuatu pertandingan saya akan mencuba sehabis baik.
"Tetapi jika saya kalah, saya akan mencari dimana kesalahan saya supaya boleh diperbaiki untuk peraduan seterusnya," katanya kepada mStar.
Jelas Amin walaupun ada yang gembira atas kemenangan diperolehnya, namun ada juga tidak berpuas hati terhadap dirinya.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI