suria

Tiket harga RM80 pun tak laku, konsert Malam Galau terpaksa dibatalkan

RAMAI sedia maklum konsert Malam Galau yang sepatutnya berlangsung pada 1 Mei (malam ini) terpaksa dibatalkan susulan tidak mendapat sambutan penonton.

Penganjurnya, Mohd Zulhelmie atau Elmi, 36, berkata, pihaknya sudah mencuba pelbagai cara menarik minat penonton termasuk menurunkan harga tiket kepada RM80 namun tetapi tetap gagal.

"Harga asal RM100 sebab nak tarik lebih ramai penonton terutamanya dari Lembah Klang dan kita sasar dapat 70,000 penonton tapi hanya berjaya jual 300 tiket sahaja.

"Walaupun sudah bagi harga promosi raya RM80 pun masih tak dapat sambutan.

"Harga memang kami tak boleh rendahkan lagi sebab tak dapat balik modal selain perlu membayar pelbagai kos," katanya ketika ditemui mStar.

Malam Galau sepatutnya berlangsung selama empat hari berturut-turut dengan penglibatan 12 pemuzik tempatan termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi